Cara Root Samsung Galaxy Grand Duos I9082

Category:
Cara Root Samsung Galaxy Grand Duos I9082 sebenarnya agak mudah untuk dilakukan.Untuk pengetahuan anda, Galaxy Grand Duos merupakan smartphone terbaru Samsung yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia akhir bulan 3 yang lepas.Merupakan smartphone dengan fungsi dual-sim , ianya merupakan pilihan tepat bagi anda yang sedang mencari smartphone baru.
root galaxy grand
credit image : gsmarena
Root mempunyai banyak kelebihan tersendiri dan bagi anda yang tertanya-tanya apa faedah root, boleh rujuk artikel Kenapa Perlu Root Dan Faedahnya.
Secara ringkasnya, untuk root Galaxy Grand Duos memerlukan anda melakukan dua proses utama iaitu :
1- Install Cwm-Recovery.
2- Install root file melalui cwm-recovery yang diinstall.
Bagi anda yang berminat dan sudah bersedia untuk melakukan proses ini, boleh ikut langkah-langkah dibawah.
INSTALL CWM-RECOVERY
1- Pastikan segala driver phone dah pun diinstall pada komputer masing-masing.
2- Download file cwm-recovery, extract dan letakkan di desktop. [Download]
3- Download Odin 3. [Download]
4- Offkan phone anda dan masuk ke dalam odin mode [tekan Vol down + power + home button secara serentak] dan tekan volume up untuk confirmkan.
5- Sambungkan phone pada komputer.
6- Buka Odin 3 tadi.Pastikan anda hanya tick pada Auto Reboot dan Reset Time sahaja!
7- Tunggu sehingga Odin detect phone anda dimana bahagian ID:COM akan bertukar warna.
8- Selepas Odin mengesan phone anda, tekan pada bahagian PDA dan pilih file cwm yang telah di extract tadi.
9- Tekan start dan tunggu sehingga proses selesai.
10- Tahniah cwm-recovery telah pun berjaya diinstall.
CARA ROOT GALAXY GRAND DUOS I9082
1- Download Fix-recovery dan SuperSU kemudian masukkan dalam external sdcard.
Fix-recovery [Download] SuperSU [Download]
2- Offkan phone anda dan masuk ke mode recovery. [tekan vol up + power + home button secara serentak]
3- Pilih install zip from sdcard.
4- Pilih file fix-recovery tadi dan install.
5- Pilih install from sdcard sekali lagi.
6- Kemudian pilih file SuperSU dan install.
7- Reboot dan enjoy.

0 Responses to "Cara Root Samsung Galaxy Grand Duos I9082"

Posting Komentar

Next Prev home